Selasa, 31 Disember 2013

CoQ Health Plus Shaklee dan 7 Kriterianya




Apa itu CoQ Health Plus Shaklee

CoQHeatlh Plus. Ia mengandungi kesemua proprietari semulajadi dengan vitamin E dan ekstrak Teh Hijau untuk membantu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, menggalak dan melindungi arteri sihat, meningkatkan peredaran darah, menambah dan mengekalkan paras C0Q10 dalam darah.

(C0Q10 : zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dalam setiap sel tubuh terutama dalam organ seperti jantung,hati, buah pinggang dan pankreas).

1-         Kelebihan CoQ Health Plus Shaklee

CoQ Health boleh membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan.

# Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :

·                     Serangan Penyakit Jantung

            Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil supplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah           kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

·                     Kegagalan Jantung

             CoQ Health Shaklee boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan j            antung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah biasanya akan mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah       terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan     bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan    kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

·                     Tekanan Darah Tinggi

            Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau         bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan .



Ada lagi kelebihan-kelebihan CoQ Health Shaklee iaitu:

Selain daripada untuk kesihatan jantung COQHealth juga bagus untuk diabetes, kanser, kesihatan gigi, kesihatan mental, pengurangan berat badan, kesuburan untuk lelaki dan cholesterol drug.

1. Kesihatan Jantung:

Berperanan untuk merawat dan mencegah penyakit kardiovaskular termasuklah atherosclerosis (arteri tersumbat)
Mengurangkan kekerapan angina episodes dan menguatkan otot jantung.
Meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang mengalami kegaglan jantung kongesif
Berpotensi untuk merendahkan tekanan darah secara semulajadi

2. Untuk Kanser:

Doktor menggunakan Co-Q10 untuk merawat kanser payudara dan berperanan untuk menyokong kesihatan pesakita yang menjalani kimoterapi.

3. Untuk Diabetes:

Co-Q10 membantu untuk memperkayakan pengeluaran insulin. 

4. Untuk kesihatan gigi:

Digunakan untuk membantu merawat symptom muscular dystrophy dan penyakit gusi.

5. Kesihatan Mental:

Kajian menunjukkan ada perubahan yang baik bagi pesakit Parkinson yang menggunakan supplemen Co-Q10.

6. Untuk Pengurangan Berat:

Kajian yang dilakukan oleh beberapa saintis yang Co-Q10 membantu untuk turunka berat badan. Kajian menunjukkan kira-kira berkurangan 50% apabila pesakit obesity menggunakan Coenzyme Q10 dalam tubuh badan.

7. Kesuburan Lelaki:

Co-Q10 membantu untuk meningkatkan jumlah sperma dan meningkatkan kadar pensenyawaan.

8. Untuk Ubat Kolestrol (cholesterol drug):

Co-Q10 boleh membantu melindungi kesan sampingan pengambilan ubat seperti beta blockers dan antipsychotics. Tetapi pengambilan lebihan drugs boleh mengganggu sintesis Coenzyme Q10.


2-         Simptom kekurangan Coenzyme Q10:

·                     Kegagalan jantung kongesif
·                     Tekanan darah tinggi
·                     Angina
·                     Stroke
·                     Kekurangan tenaga
·                     Lemah system imunisasi
·                     Cardiac Arrhythmias
·                     Gingivitis

Sebenarnya dalam badan kita menghasilkan Co-enzyme Q10 sendiri tetapi akan semakin berkurangan dengan peningkatan umur. Lagipun agak sukar untuk mendapatkan CoQ10 secukupnya daripada diet harian kita. So COQHealth Shaklee sebagai solusinya.

3-         Siapakah yang memerlukan COQ10?

·                     Mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung ataupun mengalami masalah jantung (COQ10 membantu meningkatkan tenaga otoy jantung dan membaiki kapasiti mengepam ke jantung)
·                     Mereka yang mengalami masalah kesuburan terutamanya lelaki kerana Co-Enzyme dipercayai meningkatkan keupayaan sperma
·                     Mereka yang mengalami keletihan
·                     Mereka yang mengalami migrain
·                     Mereka yang inginkan kulit cantik dan sihat kerana COQ10membantu membaiki peredaran darah (membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasikan sel baru yang lebih muda)

Siapakah yang tidak boleh ambil COQ10?

·                     Wanita mengandung
·                     Wanita yang menyusukan anak
·                     Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.
·                     Mereka yang mengambil ubat tekanan darah perlu rujuk kepada doktor dulu.


4-         Berapa biji COQ10 boleh diambil satu hari?

·                     Ambil setiap hari 1 capsul selepas makan,

5-         Apakah perbezaan COQ10 Shaklee dengan produk yang lain?

    COQ10 Shaklee dihasilkan daripada sumber semulajadi melalui kaedah
    penapaian yis. Bahan mentahnya yang merupakan satu-satunya COQ10 
    semulajadi daripada yis yang ditapai yang sumbernya telah diuji dan diyakini
    ramai terhadap kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan COQ10.
    Selain itu, COQ10 adalah bebas gluten.

6-         Coq10 Dari Sumber pemakanan

Anda boleh mendapatkan CoQ10 daripada sumber makanan iaitu untuk mendapatkan jumlah CoQ10 mencukupi dalam sehari, anda perlu makan SEEKOR AYAM dengan berat 1,7kg @ 28 cawan BROKOLI @ 1 botol PEANUT BUTTER
7- Mengapa pilih keluaran Shaklee:-
·                     Semulajadi dan bebas DADAH :- Shaklee sentiasa mengeluarkan produk berasaskan semulajadi dan melalui beratus2 ujian dimakmal.
·                     Shaklee tidak melaburkan wang banyak kepada iklan kerana lebih mementingkan ujian keberkesanan produk. Sebab itu anda tak nampak iklan produk Shaklee di ahkbar. Result adalah lebih penting.
·                     Kombinasi CoQ10 dan vitamin E dapat mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat dalam vitamin E. Ini sangat saintifik sikit.
·                     Produk ini adalah bebas Gluten.


jika anda berminat untuk mendapatkan Coq10 Shaklee untuk yang tersayang boleh hubungi saya


Ahad, 29 Disember 2013

Diet Atkins



Diet Atkins lebihkan protein berbanding karbohidrat

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.



Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi: 
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. 
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. 
- 0.5 karbohidrat
Tengahari: 
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) 
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). 
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese 
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman: 
1.) Air biasa 
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. 
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food 
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula 
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.
Disunting Daripada www.atkins.com

Khamis, 12 Disember 2013

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Carotomax Shaklee...



CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:


  • Memelihara kesihatan yang baik. 
  • Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. 
  • Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


1- FUNGSI @ FAEDAHNYA

Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan:


  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi

Fungsi Beta-Karoten:


  • Bantu pertumbuhan dan memulih sel-sel badan. 
  • Kekalkan penglihatan malam – rabun malam.
  • Kekalkan kesihatan kulit dan selaput membran seluruh badan – mata hitam, penghadaman
  • Bertindak sebagai antioksidan, cegah kanser. 
  • Menyokong fungsi kuatkan sistem pertahanan badan, 
  • Bantu cegah masalah asma, dan paru-paru.
  • Bantu cegah pembentukan ketumbuhan ‘tumor’
  • Menyokong fungsi pertumbuhan dan pembiakan.

Khasiat Beta-Karoten:


  • Awet muda
  • Rabun malam
  • Gastrik
  • Masalah kulit
  • Lelah
  • Jeragat


2- SIAPA YANG PERLUKAN

  • Semua peringkat umur yang inginkan kesihatan menyeluruh
  • Kanak-kanak (12 tahun ke atas), remaja, atau pun orang dewasa yang tidak sempat/mampu mengamalkan diet seimbang
  • Mereka yang tidak dapat mengambil jumlah hidangan buah-buahan dan sayuran yang secukupnya setiap hari dan terdedah kepada ancaman radikal bebas. 

3- PERBEZAAN SHAKLEE

  • Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan.
  • Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan.
  • Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan.

4- SUMBER MAKANAN


  • Telur -Telur mengandungi Vitamin A,Zinc,Lutein,B12,Vitamin D dan Cysteine yang baik untuk kesihatan mata.
  • Bayam - Sama seperti telur,bayam mengandungi Lutein dan Zeaxantin dan Vitamin C juga mampu mencegah Glaukoma.
  • Bawang Putih -Mengadungi Selenium,Vitamin C,Vitamin B1,Quercetin dan Glutathione yang berfungsi melindungi lensa mata terhadap radikal bebas seperti sinaran uv.
  • Lobak Merah - Lobak merah kaya dengan Beta-karoten.Beta-karoten akan diubah oleh tubuh menjadi Vitamin A yang berperanan penting untuk mata.
  • Dark Chocholate - Meningkatkan ketajaman mata.Ia mengandungi Flavanoid yang melindungi pembuluh darah mata secara tidak langsung ia memperkuatkan kornea dan retina mata.


5- DOS 


  • Satu Kapsul Sehari


6- SIMPTOM KEKURANGAN 


  • Masalah jerawat
  • Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
  • Tumbesaran terencat
  • Masalah tidur dan insomnia
  • Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
  • Masalah rabun malam.
7- MENGAPA MESTI PILIH CAOTOMAX SHAKLEE?

Carotomax Shaklee (Vit A) adalah satu-satunya Vit A yang lengkap dengan 6 karotenoid, jika di pasaran luar  alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap ini dijual secara berasingan. Maka Carotomax Shaklee adalah pilihan yang terbaik.


* Kenapa kita memerlukan Vitamin A @ CarotoMax ini?

CarotoMax (vitamin A)  ini secara umumnya boleh membantu:-

  • kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit
  • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat

Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diingini.


AMARAN!
Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.

Berminat boleh segera hubungi saya:-


Rabu, 11 Disember 2013

JOM KENALI OMEGA GUARD DENGAN LEBIH DEKAT




Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

7 KRITERIA OMEGA GUARD SHAKLEE

1- FUNGSI @ MANFAAT

24 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan kolestrol
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  16. Membantu menyihatkan paru-paru
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

2- SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA?

  1. Warga Emas
  2. Pesakit Jantung
  3. Wanita
  4. Wanita yang telah melahirkan anak
  5. Pesakit darah tinggi
  6. Orang yang selalu lupa
  7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  8. Pelajar
  9. Ibu menyusu
  10. Ibu Hamil
  11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

3- PERBEZAAN SHAKLEE

✿ Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan oemga guard.

✿ Kebanyakan pengusaha2 kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Ini akan memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Sebab itu penting dapatkan gred farmaseutikal.

PROSES PENYULINGAN 3 MOLEKUL untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkir bahan berbahaya seperti:
  • Plumbum
  • Merkuri
  • Arsenik
  • Kadmium
  • Dioksin
  • PCB

Kebanyakan omega di pasaran melalui proses penyulingan sekali atau dua kali molekul sahaja berbanding shaklee 3 kali tu.

4- SIMPTOM KEKURANGAN

ANTARANYA:- 

  • Kelesuan
  • Lemah ingatan
  • Kulit kering
  • Tekanan dan perubahan mood (mood swing)
  • Peredaran darah perlahan
  • Masalah jantung
  • Diabetes

5- SUMBER MAKANAN

Sumber utama omega-3 ialah ikan seperti salmon, mackerel, halibut, anchovies, sardin, tuna dan hering. Dalam tumbuhan, Omega-3 terdapat pada flaxseed oil, minyak canola, soya, biji labu, walnut dan beberapa jenis kekacang.

6- DOS PENGAMBILAN

Untuk kanak-kanak memadai 1 biji sehari manakala dewasa 3 biji 2 @ 3 kali sehari selpas makan.

7- PANDUAN PILIH 

Omega Guard dihasilkan daripada minyak ikan tulen bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard di ekstrak dari ikan laut air sejuk

Berikut ialah 3 KRITERIA PENTING

  • Menyiasat proses pembuatan --- Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan? Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Shaklee menggunakan teknologi terkini "ultrapure pharmaceutical grade" iaitu proses penyulingan 3 molekul dan tekanan rendah proses penyulingan bagi mengekstrak minyak ikan Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Semasa proses ini semua bahan-bahan tercemar termasuk plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCDs dikeluarkan.

  • Bau --- Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.

  • Rasa --- Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.
Dah baca & faham apa itu Omega Guard Shaklee dan keistimewaannya? Anda berhak membuat pilihan, lakukan yang terbaik untuk keluarga anda, hubungi saya untuk maklumat lanjut :)




Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...