Rabu, 23 Oktober 2013

Shaklee Indonesia


Alhamdulillah Shaklee telah mula bertapak di Indonesia sejak tahun 2012 lagi, so selepas ini jika ada anda yang berminat dan berhasrat untuk mendapatkan produk kesihatan yang selamat serta mesra alam dan bersumberkan alam semulajadi.

Anda yang ingin meningkatkan kualiti Air Susu Ibu (ASI) atau inginkan kulit yang gebu, mulus serta meningkatkan kesihatan tidak perlu bimbang lagi, segera dapatkan produk shaklee di tempat anda.





       Duta Shaklee Indonesia: Anang dan Ashanty bersama Shaklee VIVIX

Lokasinya ialah:
 

PT. Shaklee Indonesia
Menara Citicon Lt.12 Jl. Letjen S. Parman Kav 72 Slipi Jakarta Barat
11410 Indonesia
Tlp. :+6221-29308728 (Layanan Pelanggan)


Shaklee Indonesia baru sahaja beroperasi pada tahun lepas, Jun 2012. Menariknya, jika anda memilih untuk menjadi Distributor Shaklee di Indonesia, anda akan menjadi perintis Shaklee Distributor di Indonesia! Selain daripada memperoleh kesihatan yang mantap, jika betul caranya, anda pasti boleh menjana uang yang hebat dengan Shaklee Indonesia!
 

"Peluang Bisnis Shaklee merupakan kesempatan bagi Anda untuk mendapatkan kesehatan dan sekaligus stabilitas finansial di masa sulit seperti sekarang. Sistem Shaklee yang telah terbukti seiring waktu, berhasil membawa kesuksesan bagi ribuan keluarga di seluruh dunia melalui situasi ekonomi sulit selama 50 tahun terakhir.

Peluang bisnis yang luar biasa ini dapat menjadi solusi bagi Anda: bebas risiko, hanya membutuhkan modal kecil untuk memulai, namun memiliki potensi pendapatan yang besar.
 

Dan yang terbaik dari peluang bisnis adalah, Anda sekaligus menjalani hidup yang lebih sehat, mengembangkan jaringan sahabat baru, dan menjalin kemitraan jangka panjang setiap harinya hingga Anda berhasil meraih kebebasan finansial."

 - Enlie Widjaja, Shaklee Indonesia General Manager-


Ataupun jika anda berminat untuk menyertai kami di Group Jutawan boleh hubungi saya di :-
STB Siti Darna Sanoesi
wa/wechat/sms 0183948582 
SID 947 221

Selasa, 22 Oktober 2013

Kurus dengan sihat & Set Diet edisi bajet


1. SEDIAKAN bahan.

Sejak diperkenalkan oleh pelatih selebriti, Kim Lyons dalam program kecergasan The Biggest Loser musim ketiga, minuman ini menjadi antara pilihan alternatif bintang Hollywood dalam usaha menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.

Bagaimanapun, minuman diet ini dipercayai pertama kali diperkenalkan oleh Ann Louise Gittleman menerusi bukunya, Two-Week Fat Flush yang diterbit­kan 25 tahun lalu.

Minuman ini menggunakan buah-buahan kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga manakala timun membuatkan kita rasa kenyang lalu mengurangkan pe­ngambilan makanan.

Menurut pelatih kecergasan TRX dan kettlebell, Mohamed Azlan Zain Mohamed, minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun serta toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh.

“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan - khususnya pada bahagian hati - tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan.

“Selain membekalkan vitamin C, tambahan daun pudina membantu melancarkan penghadaman manakala limau gedang pula mengandungi antioksidan flavonoid yang meningkat­kan lagi sensitiviti insulin.

“Jadi ia bukan saja baik untuk dalaman badan, malah pada kulit dan penampilan luaran tubuh,” katanya.

Azlan bagaimanapun menegaskan pentingnya menyeimbangkan senaman dan diet dalam aktiviti harian.

“Mereka yang ingin menurunkan berat badan tidak boleh bergantung kepada minuman ini semata-mata. Senaman amat penting dan paling efektif dalam membakar lemak.

“Pada masa sama, minum banyak air kosong kerana pengambilan minuman ini saja tidak membekalkan air yang diperlukan tubuh. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah berat badan berpunca daripada kurang minum air kerana wujudnya mitos kegemukan air.

“Hakikatnya, air banyak menyumbang kepada kelancaran fungsi dalaman tubuh. Apabila semua perkara ini digabungkan, ia akan memudahkan proses penurunan berat badan,” ujarnya.


Bahannya:
Botol minuman bersaiz sederhana
1 limau gedang ­(potong nipis)
1 limau nipis (potong nipis)
1 lemon (potong nipis)
1 oren (potong nipis)
1 timun (potong separuh dan nipis)
Setengah sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yang terlalu masam)
Ais
Air kosong

Selain itu anda juga boleh mengambil supplement najet untuk diet anda iaitu ALFALFA COMPLEX & LICITHIN Syukur alhamdulillah setakat ini saya dah kehilangan 4kg walaupun lambat tapi ai tetap selamat.


STB Siti Darna Sanoesi
SID 947 221
018 394 8582

[ TIPS ] - MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

 

 Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.





Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.


Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.


The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.


Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

------------------------------------------------------------
Mohon SEMUA yg baca tolong SHARE utk pengetahuan bersama. Secebis kebaikan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat.

Terima kasih kepada yg SHARE.

Untuk hindari masalah stress dapatkan B complex, In Sha ALLAH ia sangat membantu anda.....



STB Siti Darna Sanoesi
SID 947 221
018 394 8582

Selasa, 8 Oktober 2013

SUPPLEMENT UNTUK MENGURANGKAN GASTRIK


Ramai yang tidak perasan yang gastrik selalunya datang sekali dengan migrain, manakan tidak jika kita migrain sudah tentu kita mengambil ubat tahan sakit ataupun P******, yang mana akan membuatkan perut kita pedih sekali gus menyebabkan gastrik.

Usah pandang ringan masalah gastrik kerana ia boleh membuatkan usus kita haus (nipis) dan ia membuatkan anda lebih rasa tidak selesa dan pedih ulu hati.


PUNCA- PUNCA GASTRIK


1. Gemar mengambil makanan yang pedas..
~ makanan yang pedas sukar diproses oleh perut. Jadi ia akan menyebabkan perut untuk merembeskan asid dengan lebih banyak untuk mencernakan makanan tersebut....

2. Penggemar asam
~ Asam adalah makanan yang masam (berasid). Jadi asam akan menambahkan tahap keasidan di dalam perut dan boleh meningkatkan risiko terkena gastrik.

3. Makanan berlemak/ berminyak
~ Seperti makanan pedas, makanan yang berlemak & berminyak sangat sukar untuk dihadam, ia juga boleh menjadi salah satu daripada punca gastrik.

4. Orang sering stress
~ Bagaimana stress boleh dikaitkan dengan gastrik?. Perasan tak, jika orang stress maka mereka akan makan dengan banyak kononnya makanan boleh menghilangkan stress yang mereka tanggung. Apabila tertekan, perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak secara tidak langsung kita akan jadi cepat lapar.

CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK MENGURANGKAN GASTRIK

1. Carotomax = sejenis antioksidan semula jadi yang bertindak untuk menjaga lapisan membran perut & usus yang kerana lebihan asid dalam perut.

2. Ostematrix = sumber kalsium yang bersifat alkali & mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3. Energising Soy Protein (ESP) = membaik pulih luka dalaman & menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat.

4. Alfalfa = kaya dengan sumber klorofil untuk meningkatkan tahap kealkalian badan pesakit gastrik.

Jadi dah tahu punca dan cara untuk menyelesaikan masalah ini jangan tunggu lama2 lagi... pm sy untuk maklumat yang lebih lengkap dan harga yang istimewa.







Selasa, 1 Oktober 2013

BAHAYA RESDUNG JANGAN PANDANG RINGAN ~ BERIKHTIARLAH DENGAN SET RESDUNG SHAKLEE




Kuman hama yang ditunjukkan adalah gambaran dekat menggunakan kaedah mikroskopik (microscophic). Kuman tersebut sebenarnya adalah hama yang selalu dikaitkan dengan gejala terasa ingin bersin. Ia kemudian akan membiakkan telurnya ke dalam tubuh sekiranya tiada apa-apa tindakan atau ubat diambil untuk memeranginya. Oleh itu, elakkan dari mencium / menghidu karpet, langsir atau tempat-tempat berhabuk. Juga diingatkan, kucing merupakan penyumbang terbesar mengenai kuman seperti ini. Elakkan dari mencium-cium kucing kesayangan anda dengan terlalu 'over'. Mesej: Bayangkan kuman sebegini rupa dibiar berkeliaran, membiak dalam badan anda tanpa sebarang kawalan.




Gambarajah menunjukkan; tempat utama yang selalu menjadi pembiakan kuman resdung. Terjadi begitu kerana saluran di situ adalah deria pernafasan di mana udara keluar - masuk. Di kala sedutan udara berlangsung, sedikit-sebanyak akan membawa kuman / bakteria masuk. Setiap manusia mengalami proses ini - tak dapat nak dielakkan. Jadi; adalah tanggungjawab kita memastikan saluran ini dijaga serta dibersihkan dengan baik.

‘Resdung' melalui istilah kedoktoran: penahanan mukus yang disebabkan oleh pembengkak-an membran (sel lapisan kulit). Bengkak ini terjadi kerana saluran tersekat. Mukus adalah bahasa saintifik kepada cecair berupa lendir (hingus) yang ada di dalam tubuh manusia. Petanda paling ketara mukus berlebihan adalah kulit wajah berminyak. Minyak yang boleh mengakibatkan wajah kusam dan lebih teruk lagi; jerawat dalam bentuk bisul atau bernanah. Simptom lain yang sering dikaitkan Resdung:

  • mudah sejuk, menggigil di sesuatu keadaan yang tak sepatutnya (baru hujan sikit saja, dah rasa macam nak demam)
  • Batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak
  • Telinga selau rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang apabila ketinggian berubah-ubah seperti dalam kapal terbang atau lif
  • Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)
  • Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi rasa nak teruskan - sampai merah dan berair.
  • Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi panas) dan sikap (baran)

Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara: hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya; suara menjadi agak 'sengau'. Resdung juga dikenali dengan nama 'Sinus' (ketumbuhan dalam hidung) dan 'Alergi' (alahan kepada sesuatu jenis benda atau makanan).

Para doktor merawat penyakit ini dari sudut yang berbeza pula. Pendekatan yang selalu diambil ialah mengesyorkan 'pembedahan sinustis'. Pembedahan ini menggunakan suatu alat 'laser' atau 'pemotong halus' yang berupa pisau kecil tajam yang berupaya memotong lendir-lendir yang melekat pada daging. Lendir-lendir ini tidak lagi boleh dikeluarkan dengan sekadar hembusan. Ia melekat bagaikan sebahagian dari daging. Paling dikesali tentang pembedahan ini ialah:

Kebanyakkan doktor gagal menyediakan rawatan susulan bagi menghalang lendir tu dari tumbuh semula! Maka dengan ini, sesiapa yang melakukan pembedahan tersebut, akan berdepan dengan kerugian.

Lagi banyak anda faham, lagi jelas jadinya mengenai persediaan anda memerangi serta menghapuskannya. Resdung adalah suatu penyakit dan kita harus menghalangnya dari merebak lalu mengakibatkan kerosakan yang lebih besar.

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala gejala resdung adalah akibat jangkitan bacteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. APAKAH SINUS ? (RESDUNG) Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka disekeliling hidung.

Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran aluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lender ini akan berkumpul seterusnya kumam bacteria akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung.

GEJALA SINUSITIS Sumbat hidung Lender dari hidung dan tekak Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN SINUSITIS (RESDUNG) Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata angkitan otak Sakit tekak yang kronik Jangkitan tulang muka Menerukkan keadaan lelah Berdengkur secara kronik Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil Alahan hidung Selsema biasa yang melarat

Resdung, adalah di antara penyakit paling susah untuk di atasi. Kemungkinan anda telah mencuba pelbagai produk dan mendapati ianya hanya membantu meringankan mahupun mengatasinya buat seketika. BUKAN membunuhnya! Di sinilah menjadi kekesalan serta kekecewaan kepada kebanyakkan penderita resdung. Kebanyakkan ubat, pill, produk yang dijual di luar sana hanya memberi kesan sementara.

Bahaya: memicit jerawat. Picitan akan memudaratkan lagi kerana jari jemari berserta kuku mengandungi bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan. Elakkan sebaik mungkin melakukan perkara ini. Kalau mahukan jerawat tu di'picit' dan pecah, gunalah rokok resdung kerana wap panas + herbalnya akan mematikan kuman secara gentle, on the spot!

Kulit berminyak: kulit jenis ni mengeluarkan 'sebum'(cecair) yang berlebihan akibat lubang pori di dalaman sudah 'pecah'. Kulit berminyak bukan normal. Ia adalah suatu penyakit. Petanda bahawa ada sesuatu yang tak kena berlaku. Jadi, cara rawatan adalah dengan memperbaiki saluran pengaliran di dalaman tu. Sekali lagi rokok resdung memainkan peranan: Wap ia bertindak mengeringkan kulit wajah (walaupun sangat berminyak). Sikit demi sedikit saluran minyak yang terpecah tu boleh 'dipanaskan' supaya kering dan tertutup.


SHAKLEE MENAWARKAT SET RESDUNG BAGI ANDA YANG MENGIDAPNYA, USAH RISAU USAH BIMBANG, SET RESDUNG SHAKLEE 100% DARI SUMBER SEMULAJADI, TIADA PERCAMPURAN BAHAN2 YANG MEMBAHAYAKAN ANDA....


HUBUNGI SAYA 





Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...