Jumaat, 17 Februari 2012

.:: Arif & Sambutan Maulidurrasul Pasti Ibnu Khaldun ::.

Ermmm... tengok tu yang baju hijau tu siapa? tu lah Arif anak ibu..
Alhamdulillah hari ni dah 2 minggu arif bersekolah di Pasti Ibnu Khaldun Sri Rampai.

***
Salam Jumaat...
Eceli hari ni Pasti adakan sambutan Maulidurrasul,
So anak2 Pasti termasuk Arif kn pakai baju melayu (lelaki) dan baju kurung (perempuan).
Sejuk hati ibu bila tengok Arif dibawah jagaan dan tunjuk ajar cikgu2 yang solehah Insyaallah...
Semoga Arif dan anak2 yang lain membesar menjadi anak yang soleh dan solehah Amin......
Baik je anak2 semua duduk diam.
Paling ibu terharu nampak Arif duduk diam dengar "Kisah Rasulullah"  dr cikgunya.

Semenjak Arif masuk sekolah dah banyak yang ibu nampak perubahan pada Arif antaranya Arif dah reti solat walaupun x sempurna lagi, dah boleh menulis dan paling ibu suka bila abah Arif nampak perbezaan Arif dulu dan sekarang. Terima kasih cikgu2 yang mendidik Arif. Hanya Allah yang layak membalas jasa cikgu2.

Gambar Kredit By: Abdul Azim Fiq

Khamis, 16 Februari 2012

Petua Untuk Mendapatkan Zuriat


Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya

Isnin, 13 Februari 2012

Aduhai Alif....

Salam pagi Isnin buat sahabat2 ibu....
Eceli pagi ni x de apa pun yang ni stoly moly kan...
Tapi teringatkan si Alif abg Arif yang lahir tahun sama dengan Arif...
Kat bawah ni gambar Ahmad Alif & Ahmad Arif


Inilah Ahmad Alif Kembor tahun Ahmad Arif...
1 bapa lain mak lahir pada tahun yang sama tapi berbeza bulan.. 
Alif 16.07.08 - Arif 14.12.08

Pertemuan pertama kali beberapa tahun yang lalu menunjukkan keserasian antara mereka berdua.

~Alif botol merah /Arif botol pink!~

Yang sebenarnya bukan itu yang ibu nak cerita, Alif  ni orangnya tak lah selasak dan seaktif Arif,  namun dah macam2 hal yang dia dah buat, 1st dia minum clorox, aduhai ms tu ibu n abah x tahu apa nak kata bila dpt kol dr umah klang bgth dia minum clorox, hasilnya duduk wad 1 malam. 

Kedua kalinya tahun lepas raya ke 3, ibu n abah baru je sampai Jengka 16 nak beraya, tetiba dapat kol dr kg mengatakan Alif main lighter n hampir terbakar umah opahnya.

ke 3 dia kn geget lipan n yang terbaru Sabtu petang dia kena patuk ular plak.. aduhaiiii anak.. mujur kamu dudk dgn ibu kamu kalau kamu duduk dengan ibu mahu tumbang ibu dengan peel kamu n Arif.

Rabu, 8 Februari 2012

.:: KEHILANGAN ::.

Selamat Petang sahabat2 ibu...
Hari ni genap 8 hari pemergian seorang sahabat ibu, dan baru hari ini juga ibu ade kekuatan untuk buat n3 tentangnya. pagi tadi ms berjalan ke opis ibu ternampak seseorang yang mirip dia, setelah ibu amati betul2 ternyata bukan.
Kenangan arwah sewaktu bermain bowling dengan sahabat2!

Terasa benar akan kehilangan yang 1 ini, dia bukan sesiapa dlm keluarga ibu tetapi dia adalah salah seorang sahabat yang baik n rapat dengan ibu... Masih lagi terngiang2 gurau senda gelak tawa kami di opis bersamanya... Terasa baru semalam bersuan dengan sahabat yang telah pergi ini...

Pemergiannya kerana kanser hati tahap 4, hanya 1 minggu sahaja sel kanser merebak dan meragut nyawa sahabat ibu, kami sahabat2 terasa dengan pemergiannya apatah lagi isteri dan anak2 arwah.

Semoga Arwah tenang di sana dan semoga ALLAH mengampunkan segala dosa2nya... Amin!

AL-FATEHAH buat Allahyarham Mohamad Shafri Shamsudin

.:: Arif Dan Pasti ::.

Assalamualaikum,
Salam maulidurrasul buat semua sahabat2 ibu,
Lama rasanya ibu tak apdet blog ibu ni, bukan setakat bersawang je, nak roboh pun ade agaknya, Ok ibu x de cerita menarik pun cuma ibu nak share pasal buah hati ibu Ahmad Arif.

Alhamdulillah akhirnya tertunai juga ibu nak masuk kan Arif sekolah (Pasti Ibnu Khaldun), Walaupun lewat sebulan tapi tak ape lah sekurang2nya masuk sekolah juga.

Bosan tunggu ibu bersiap hehehe!

Homework!!!
Sambung titik-titik

1st buku Arif

Setakat ini itu dulu cerita ibu tentang Arif....
Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh dewasa nanti!


Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...