Khamis, 30 Jun 2011

.:: Tolong Vote Ahmad Arif ::.

N3 ini N3 melekat & Melekit...
Akan Lekat Lekit sehingga 30 June.. Sila scroll ke bawah untuk baca n3 yang lain TQVM!!!


Salam,
Kawan2 ibu semua...
Ibu nak minta tolong vote Ahmad Arif di FB (CONTEST BABY / TODDLER WITH PARENT 13 JUNE 2011 - 30 JUNE 2011)


Cara-caranya memula kawan2 ikut step di bawah k....
  1. Like page ni A.K SONz COLLECTIONs
  2. Like gambar yang Ibu pertaruh kan ni --> KLIK SINI
Jasa kalian amat2 dihargai terima kasih!!!
Dan di bawah ni gambar yang ibu pertaruhkan....



Selasa, 28 Jun 2011

.:: Kelambu Moden VS Nyamuk ::.




Salam pagi Rabu...
N3 kali ni ibu nak cite pasal kelambu moden, ibu memang pekenan sangat nak beli untuk Arif, kesian Arif sejak sebulan lalu asyik kene gigit nyamuk je, habis badan dia bintik2 kene gigit, tapi bukan itu yang ibu bimbangkan, ibu bimbang Arif terkena demam denggi (NAuzubillah). Ok tak kelambu kat atas ni? Ok kan!
Kelambu ni boleh dilimat dan ringan.. antara lain fungsinya:-

Kegunaan:
- kelambu untuk katil bersaiz queen.
- boleh guna dimana-mana ruang dalam rumah tanpa perlu gantung, menebuk dinding, tak perlu guna tali.
- sesuai untuk ibu yg baru lepas bersalin. ibu dan baby boleh masuk sekali dlm kelambu ni.
- untuk balik kampung, berkelah, masuk kebun.
- sesuai dgn org yg ade lelah atau asma atau yg alah dgn asap ubat nyamuk.
- boleh juga buat tempat baby dan anak kecil bermain, kelambu ni ada pintu yg berzip utk elakkan budak kecil keluar.

Kelebihan:
- senang dibawa kemana-mana, saiz yg kecil dan nipis apabila di lipat. disertakan sekali dgn bag utk menyimpannya.
- senang dibuka dan senang disimpan.
- nak basuh pun mudah. rendam je dalam besen. tak bergumpal2 dan berpintal2 mcm kelambu biasa.
-kelambu ni bertutup sepenuhnya termasuklah bahagian bawah (ala2 khemah). jadi budak2 tak boleh memboloskan diri keluar dan juga bg org dewasa yg tidur buas tu tak delah 
terkeluar dr kelambu ni pd esok paginya.

Mudah di simpan..

Pada kawan2 yang berminat bleh la ke FB Encik Norhalmy <--Insyaallah ibu akan beli dengan beliau juga!

Isnin, 27 Jun 2011

.::ABANG JALAK LENTENG ::.


Salam pagi Isnin,
Pagi ni ibu bangun awal bebenor..
4.30am ibu dah bangun semua gara2 en.lalink yang buat bising...
Entah mimpi apa dia gerak semua orang dalam umah tapi yang bangun hanya Ibu!
Ermm... Tajuk N3 kali ni "Abang Jalak Lenteng" haaa itu lah gelaran baru ibu bagi pada lalink ibu pagi tadi sblm dia keluar p kerja, semua gara2 asyik duk "melenteng" rokok je kerjanya...  Apa tu lenteng? lenteng tu kira macam gulung la... Haaa lalink ibu ni kalau melenteng bukan setakat tembakau je tapi di campur dengan bunga cengkih dalam lentengan rokok dia. 

~Lebih kurang macam dalam gambar kat atas ni lah rupa rokok lenteng~

Itulah perangai lalink ibu abah si Arif, melenteng je kerjanya.. pernah satu hari dia tanya tambang nak p NSK, bila ibu tanya nak buat apa p NSK dia cakap nak p beli cengkih!!! adehhh laaaaa geram je dengar ingt nak p beli barang dapur lain ni cengkih utuk rokok lentengnya. Sabor jelah!!!

Sabtu, 25 Jun 2011

.:: Sultan Berjiwa Rakyat ::.

Pernahkah Anda Melihat Sebelum Ini, Seorang Raja Memberi
Laluan Kepada Seorang Ulama.. Gambar Ini Memaparkan Kepada Kita.. Akan Hormatnya Seorang Raja Terhadap Seorang Ulama.. Yang Selama Ini Difitnah Dan Dibenci Oleh Pemerintah.




.:: Sepah Terbaek Woooo ::.


Sepah!!!! Memang menjadi lawak depa bertiga,
Paling syok tengok minggu ke seploh yang depa tiru ustzah Nurbahyah n suami. Hahahahhahahahaha lawak tol.... haaaaa semputttttttt!!!!

Semalam mmg tensyen je sbb tak bleh nak tengok final ML,
Ada kenduri kat umah jiran ibu, so sebagai jiran kene la p kan tak baik.. :)
Ibu just update status kat FB je tanya siapa menang & kawan2 yang bagi tahu...
seperti yang ibu harapkan SEPAH juara semalam... sampai ade member ibu suwoh ibu buat kenduri n jemput kump. sepah... ehhh tadak la sampai mcm tu, depa yang menang ibu plak nak buat makan2... sorry la ye Jo... 

Khamis, 23 Jun 2011

.:: BERUANG KUTUB MARAH ::.


Hari ni sungguh membosankan...
manakan tidak opis ibu dihadiri ngan mamat yang  kepochi melebih2.
pening ibu tengok gelagat dia yang buat opis ni macam dia plak yg kerja kat sini,
bebas nak kesana kemari dah la tu plak menyanyi2 lah macam sore dia tu sedap sangat!
Ibu memang malas nak layan sbb kalau layan banyak lah bende yang dia nak bertanya pada ibu, paling ibu tak suka bila dia datang menyibuk tengok apa yang ibu adap kat Notebook ni (walaupun dia tak buat) tapi ibu berhati2 sebelom dia buat macam tu, so sblm apa2 berlaku baik ibu buat bodoh je ngan kehadiran dia n ibu pasang mengaji kuat2 supaya tak dengar suara sumbang dia lagi....

Ni entah kemana dia menghilangkan diri, lege skit & yg paling penting ibu nak balik dah!!!
Kalau tak memang ibu bertukar lah jawabnya jadi beruang kutub tengah marah dengan perangai mamat sorang ni. aishhh tengah2 ibu buat n3 ni muncul plak dia depan ibu... sooooo BERTUKAR!!!!

Selasa, 21 Jun 2011

.:: TERMINATOR @ ROBOT ::.


Haaaaiiii salam pagi selasa,
Ermm ntah hape2 ibu ni kan, duk kuar n3 pasal citer dah lapuk ni kan?
rasa2nya korang semua mesti dah tengok movie ni kan, tapi ibu rasa tak ramai yang tahu terminator ni ade versi tamil @ hindi kan? lakonan mantap Rajinikanth & Aishwarya Rai... perghhhh memang best, lalink ibu pada awalnya tak mo tengok akhirnya duk mengadap lebih dari ibu yang memang meminati filem tamil ni......

Tengok gambor kat bawah ni & kalau nak tengok citer ni cari kat utube ngan tajuk ROBOT

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




BEST wooooo...

Isnin, 20 Jun 2011

.:: AYAHKU SUAMIKU ::.


Salam Isnin buat semua sahabat2...
Terkejut ibu baca artikel dibawah ni, tak tahu apa nak jadi dunia hari ini,
Sumbang mahram semakin berleluasa samaada dengan kerelaan atau pun tidak!
Apa pun jomm baca artikel kat bawah ni ibu just C&P je..

~Pasangan ayah dan anak yang di bawa masuk ke mahkamah~

KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

.:: Buah Hati Ibu Meningkat Dewasa ::.






Sekadar berkongsi gambar buah hati ibu untuk n3 kali ini!!!

Ahad, 19 Jun 2011

.:: KORANG TAK MINAT KE? ::.


Haaaaa....
Kawan2 minat tak tengok drama atau filem tamil x?
Huhhh ibu memang minat sesangat, setiap petang Ahad 2.30pm ibu memang tak miss tengok!!!
Bagi ibu filem tamil lagi bagus dari filem Hindi.... Ni semua turun minat almarhum bapak ibu lah, ermm ibu ade geng tau kakak ipar ibu pun minat tengok filem tamil ni... saat n3 ni ibu buat pun ibu tengah layan "EM MAGAN @ TV2 hahahahahah... syokkk tak kering gusi ibu tengok.....

Korang tak minat ke?
Ce korang layan filem tamil mesti korang suka!!!!

.:: SELAMAT HARI BAPA ::.





Selamat Hari Bapa buat insan yang tersayang En.Atan Ahmad, Semoga Abang dirahmati ALLAH dan di kasihi kami semua, Tak lupa juga buat Almarhum bapak Sanoesi Mashood Semoga bapak damai disana dan di kasihi ALLAH.. Amin! (Rindukan bapak ♥)


*Khas buat chenta hati ibu -->"Aku Inginkan Diri Mu, Datang Dan Menemui Aku, Kan Ku Katakan Pada Mu, Aku Sangat Mencintai Diri Mu"


Dan juga SELAMAT HARI BAPA buat semua kaum bapa.. Semoga menjadi bapa mithali!

Jumaat, 17 Jun 2011

.:: She Want Sex But She Dont Want Baby... ::.


Adehhh...
Ampun kawan2 tajuk n3 ibu kali ni ade berbau lucah..
tapi inilah realiti kehidupan sekarang... kalau kawan2 tengok gambar kat atas mesti kawan2 terkejut, Gambar ni ibu jumpa masa ibu jenjalan kat page Ketepi, ketepi Ketepi ~ ibu tak pasti samaada buku ni betul2 milik budak sekolah menengah, rendah @ pun Ipt.. tapi yang pasti otak budak yang tulis  jawapan diatas BLUE kaler... SERAM ibu bila kenangkan balik2 anak2 generasi sekarang ni. Ibu sendiri punya anak2, Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah AMIN....

Khamis, 16 Jun 2011

.:: HINA ISLAM LAGI ::.

Apa nak jadi dengan dunia akhir zaman ni...
Ibu tak larat nak cerita dah kalau korang nak baca lebih lanjut bleh klik SINI.

.:: GERHANA BULAN AWAL PAGI TADI::.


Gerhana bulan penuh disaksikan awal pagi tadi di Sydney. Fenomena paling lama dalam 11 tahun dialami di banyak negara termasuk di Malaysia antara 1.25 dan 6.59 pagi tadi.

.:: IBU JADI STUNT WOMAN ::.


Hahhhhh.... tengok gambo ni, inilah hasil dr stunt ibu malam td, 9 tahun ibu x bawak motor tetiba malam tadi gatai nak bawak, abah Arif plak tak de balik kg so ibu amik kesempatan bawak motor dengan alasan nak cucuk duit d ATM depan asrama kedua UTM Setapak Jaya.

Eceli dah selamat sampai, tapi ibu lupa ego lc yg ibu bawak tu auto bukan manual mcm motor2 yg pernah ibu bawak sebelom ni, masa nak turun ibu terpulas minyak apa lagi motor berjalan kedepan.. syukur tak teruk tapi hasilnya sedikit luka n lecet seperti di atas, tapi kesannya sakit sebelah badan.

Pagi ni macam malas nak ke opis tapi bila pk2 balik sikit je n masih boleh jalan so ibu terus bersiap n gerak ke opis walaupun dalam keadaan sakit n jalan terjengket2!

Semoga Ibu tak patah semangat nak bawak motor lagi!!!! 

Isnin, 13 Jun 2011

.:: Ingat anak patung ke yang ko tikam tu? ::.

Semalam masa  duk menjamu selera ngan anak2 n adik, kami bersembang mengenai jiran atas umah kami yang lansung tak menghormati hak jiran yg  tinggal dibawah rumahnya, kenapa ibu berkata begitu? masakan tidak, pernah satu hari ibu menyidai kain dah hampir kering boleh plak dia sidai lapik kaki dia dengan air mencurah2 seperti air hujan. memang ibu mengamuk sakan tapi dlm umah je, malas nak naik tegur sbb bg ibu dia bukan tadak akal.

2 3 hari lepas pulak sewaktu kami bangun solat subuh, tetibe bunyi lesung batu yg tak di alas kedengaran, Ahmad Arif yg tengah tidor menangis ketakutan... Ahmad Arif sendiri suka hentak2 kaki bila berjalan dan berlari puas juga lah ibu acah2 nak bedal betis dia... tapi sekejap je dia diam lepas tu dia buat lagi... budak2!

Eceli bukan cerita diatas yg ibu nak cerita tapi kes tikam kanak2 3 bersaudara yg berlaku di Batu Sapi Sabah! Ya ALLAH, depa tu semua budak2 apa lah yang depa reti, kenapa sampai di tikamnya? bukan anak patung yg ditikam tu, kite yang dewasa ni lah kena pikir panjang. Dan dalam hal ini orang dewasa yang ada ketika kanak2 melasakan diri mereka sila lah cuba atasi seboleh agar perkara sebegini tak berulang. Namun adatlah keadaan begini bila tinggal di rumah flat.. walau apa pun semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi,.

Jumaat, 10 Jun 2011

.:: PELACUR KELAS ATASAN & JALANG ::.

Salam...
Baru je selasa lepas ade artikel dalam Berita Harian yang menyuruh Isteri-isteri melayang suami seperti layanan PELACUR KELAS ATASAN, Selang beberapa hari je hari ni ibu terjumpa plak artikel yang menyarankan isteri-isteri berkelakuan seperti JALANG terhadap suami supaya suami tidak mencari wanita lain. APAKAH???

Ibu nak tanya lah kawan2 kan...
Patutkah kita kaum Isteri yang sepatutnya dimuliakan di sarankan berbuat demikian?
Huiiiiii... apa pun ibu tetap tak bersetuju dengan artikel2 yang menggunakan perkataan yg memang tak sesuai langsung..... & memang marah sangat2!

Khamis, 9 Jun 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT KUALA LUMPUR.

Tetibe merindui saat2 berteduh sambil menimba ilmu dibawah naungan sekolah ini..
Ya ibu menerima pendidikan seawal darjah 1 di SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT KUALA LUMPUR.

Semuanya bila dapat bertemu semula dengan sahabat2 sekelas yg terputus hubungan sejak habis sekolah dulu di FB, So sesaper yang dulu menuntut Ilmu di SKS terutama batch 87-93 boleh lah add saya di FB... 

.:: MEMORI POPINJAY ::.

Haaaaiii...
Assalamualikum...
Korang pernah guna tak sabun kat atas ni?
Sabun ni mangi sesangat & kami panggil sabun popinjay.. 
tapi generasi sekarang (anak2 sedara ibu) panggil sabun burung.

Eceli sekarang ni kan masih hot lagi cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ....
Rasanya dah lebih seploh kali Ibu & lalink ibu tengok dvd HKLBR ni...
Sampaikan Si Arif tahu n hafal dialognya... antaranya "Bala... bala..bala..." & lagu femes kak limah "enjit2 semut".

Berbalik pada sabun popinjay satu petang ibu nak mandi lepas balik kerja, masa nak gunakan sabun ibu boleh ketawe bila terpandang sabun hijau dalam bekas, terus ibu teringat dialog awie "amboi wanginya pakai sabun popinjay ke?" hahahaha sepanjang ade dalam bilik air ibu senyum sorang2... dah kuar pun masih tersenyum lagi sampai lalink kata "awat senyum sorang2 ni?" hehehehe nasib baik lalink tak guna dialog pak jabit "apsal budak ni tersengeh2 macam selipat koyak?" hahahahha lawak lawak lawak...

Apa pun sabun popinjay ni dulu pemes ames masa zaman ibu kanak2..
Sabun made in Thailand.. mangiii sangat2 tau.. sapa2 tak pernah cuba sila carik di kedai2 berhampiran... hahah Mydin pun ade jual tau!

Isnin, 6 Jun 2011

.:: Malam Minggu Bersama Keluarga Kakak Dr Singapore ::.

Salam Isnin,
Sejak kebelakangan ni asyik mood kelaut je rasenye... Mungkin disebabkan ditinggalkan kekasih hati, Tapi Alhamdulillah Semalam dia sudah kembali ke pangkuan Ibu... Ermm... Ok. Sabtu baru ni tengah2 ibu sedap landing atas katil sambil tengok tb, tetibe fon bunyi n nama tertera Sis Yuhana Sanoesi... (Kakak ibu yg di Singapore) ni mesti ade kat KL detik hati ibu. bila di jawab ternyata sangkaan ibu betul & kakak ajak keluar malam tu, persetujuan di capai dan kakak akan amik ibu n anak2 di LRT masjid jamik tak jauh dr hotel yg depa menginap (swiss garden international hotel).

~Gelagat Arif & Ayat dalam LRT~

~Ni lah kakak Ibu, sebelah dia a.ipar, yg tecit tu anak bongsu dia~

~Dah jumpa kami p makan2 kat Baba Seafood Gombak~

Makan Besaq kami malam tu kebetulan abg ibu ade bawak ikan siakap yg dia mancing petang tu so kami suruh tuan kedai masak sweet sour!!!

~Lepas makan kami lepak kat hotel (Arif tdo so x ade dlm gambaq)~

Lepak punya lepak tak sedar dah hampir pagi, bila tengok jam 4.45am.. patutlah anak2 dah meragam rupanya dah pagi... hahahahhaha.. Insyaallah raya tahun ni nak balik Singapore... 



Jumaat, 3 Jun 2011

.:: 10 Tanda-Tanda Hati Mati ::.

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya. 
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda. 
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya. 
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya. 
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 
  7.  Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 
  10.  Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
  1. Hubbul dunia (kasihkan dunia) 
  2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah) 
  3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
  1. Zuhud dengan dunia 
  2. Zikrullah 
  3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

.::Fesyen tutup aurat 50-50 ::.


Tadi masa berjalan2 kat gugel tengok fesyen tudung2 trend terkini tetibe ibu terjumpa gambar ni..
hihihi ni dikatakan fesyen tutup aurat 50-50...
Adehh apa nak jadi lah ngan manusia akhir zaman ni.....
semoga ALLAH ampun kan dosa kami amin!!!

GAmbar kredit dr : http://www.ohtidak.com

.:: SuNyI ::.

Salam....
Semalam opis ibu sunyi je begitu jugak hari ni,
Semua wartawan bertugas di luar almaklum lah sekarangkan Muktamar PAS sedang berlangsung sehingga 5 Jun 11. Ikut kan memang bosan, mcam semalam ibu sampai tersengguk2 depan notebook ibu ni... Hari ni ibu heret anak2 bujang ibu datang opis teman ibu....

Lengang je kan opis ibu ni.....

Si bujang yg merap memanjang!!!
See kat belakang tu bulu ayam untuk rotan dia!!!


Tadaaaa dah pun tidoooo!!!! 
ni pun tido gara2 takutkan bunyi org sebelah drill wall! 
hahahahaha

So hari ni hilang la boring ibu dgn adenya anak2 berkecoh2 kat opis ibu ni...
ermmm esok sabtu n lusa dah ahad, petang ahad nak jemput chenta hati yg dirindui kat Puduraya...
Tak sabar nak tunggu dia balik... RINDU bangat!!!! 


Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...