Salam...
Dah berminggu rasanya ibu tak apdet stoly molly dalam blog ni..
Entahlah tetibe minat tu beralih arah rasanya, ibu tetibe minat membaca novel,
baca je taw beli tak mo sbb membazir bagi ibu.. dari beli novel baik beli keperluan anak.
So baca novel adik ibu je lah!
Ok lah eceli sejak Khamis yg lepas ibu berulang alik ke Bandar Klang kerana menguruskan Mr.mama ibu abah si Arif tu la.. kerna Kasih dan sayang ibu sanggup lakukan apa sahaja untuk dia.
KHAMIS 28 APR 11
Setelah urusan rumah arwah mak selesai, ibu memanjangkan langkah ke klang bersama suami n anak bujangnya Firdaus, hajat kami untuk menghantar bekalan barang dapur ke rumah madu ibu. Alhamdulillah lebih kurang jam 5.30pm ibu dah terpacak depan umah sambil kak min menanti.. suami ibu tak balik sbb ade urusandengan kawannya, so ibu n daus yg hantar barang2 dapur. terkejut juga Kak Min bila tengok ibu yang kuar dr perut teksi.
Setelah berpesan supaya jaga diri baik2 ibu n daus terpaksa patah balik ke klang sbb teksi menunggu kami di luar, 6.00pm ibu dah sampai balik ke bandar Klang. lepas minum2 kami balik semula ke KL. Sampai Kl suami ibu banyak plak ragamnya ajak ke chow kit nak beli barang skit katanya.. Kerna Sayang kuturuti langkahmu...
9.50pm Barulah ibu jejakkan kaki di Seksyen 10 wangsa Maju. Penat ALLAH je yg tahu, Mujur Arif Cik Linya dah ambil dr rumah pengasuh n bawak jenjalan ke K4.
JUMAAT 29 APR 11
Nak bangu p kerja tapi kaki kejang n badan sakit... So seharian terbaring dirumah apa pun tak buat.
Lepas maghrib p amik Van opis pinjam sat sbb nak p Klang Utama anto mesin basuh yang nak dijual kepada kawan suami ibu, 9.30pm van dah pun ade dlm tangan tapi tunggu si Firdaus balik kul 12am baru bertolak ke klang... Sempatlah lalu kat i city tp tengok dr jauh sbb dah lewat malam Arif melonjak gumbira dapat tengok lampu2. selesai Urusan 4.30am baru sampai umah. Tidooo lepas subuh penatttt!!!
SABTU 30 APR 11
12.30pm bergerak hantar Van, kemudian terus amik komuter ke Klang n jenjalan di sekitar PKNS.. Arif kemain seronok dapat jalan2 lagi... Setelah penat berjalan tiba masa untuk berpisah dengan suami, huhuhu sedih air mata dah bergenang.. 10pm ibu naik bas ngan Arif balik ke KL, suami ibu n daus balik umah kak min. sepanjang perjalanan Arif asyik minta nak abah nak abah sudahnya dgn ibu menangis. 12.03am ibu sampai betul2 depan pintu umah.
Rindu bergetar dalam jiwa..
Rindu pada suami ibu.. dan hari ini suami ibu balik kg sbb mil ibu sakit lagi. mungkin malam ni balik!
Ya ALLAH selamatkan perjalanan suami n anakku daus! AMIN!!!
Ermm.. cukuplah celoteh ibu buat mengisi kekosongan blog ibu ni hampir seminggu lamanya!