Ahad, 27 April 2014

Perbezaan Alfalfa Shaklee Dengan Alfalfa dipasaran luar

beza-alfalfa

Makanan Indeks Glisemik(GI) Rendah

Apa itu Indeks Glisemik (Glisemik Index (GI) ) ?

Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mempunyai karbohidrat ke atas paras glukosa darah. Pendek kata, ia menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula atau glukosa dalam darah.
Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (GI) yang tertinggi yang akan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat dengan cepat manakala yang mempunyai GI rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan dan teratur sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan kita pada kadar yang terkawal.
Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah sangat lambat untuk dicerna dan diserap kerana pemecahan dan pembebasan glukosa adalah secara berperingkat-peringkat. Mengekalkan paras glukosa dalam darah pada kadar yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan kerana ia juga dapat mengawal selera makan si pemakan dan juga melambatkan rasa lapar mereka. Selain itu, ia juga memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan untuk jangkamasa yang panjang.

Darah Pekat Membahayakan Kesihatan

Tahukah anda, darah pekat amat merbahaya untuk kesihatan?

Jika darah berwarna agak gelap & pekat, bermakna darah kurang oksigen akibat edaran darah terjejas oleh darah yg likat, salur darah sempit / tersumbat & faktor psikologi yakni stress. Ia disebabkan paras LDL & lemak / triglyceride tinggi, HDL rendah yg boleh meningkatkan kedua2 tekanan sistolik & diastolik. Darah juga lebih berasid akibat lemak trans sintetik (HVO), pengambilan makanan terproses oleh kilang (highly refined processed foods) yang lebih bersifat asidik (berbanding whole foods yg lebih berserat, mineral, vitamin, berkhasiat nutrisi & antioksidan), kurang mengambil makanan & minuman beralkali spt buah & sayuran segar, makanan yg banyak bhn kimia, mengambil ubatan kimia yg lama, merokok, tekanan emosi dsb.

 Ini boleh menyebabkan pengumpulan bhn toksik yg berlebihan dlm darah dan seterusnya mengakibatkan sakit2 badan, sakit kepala / migrain / pening, sakit belakang & pinggang, slip disc, lenguh, kebas, tidur tak lena, kelesuan & lemah badan, cepat letih, selalu mengantuk terutama lepas makan & semasa memandu, sakit otot, sesak nafas, nafas tercungap terutama bila naik tangga atau kerja fizikal/senaman, banyak angin, sembelit atau diarea, lemah penghadaman, hilang daya tumpuan, cepat marah dsb. (sumber)
sakitgout_blood
Kurang minum air masak juga antara penyebab darah menjadi pekat dan likat.
Antara supplemen yang membantu mencairkan darah :
  1. Omega Guard
  2. Garlic Complex
  3. Lecithin
  4. Vivix
Jadi, bagi mereka yang sedang ambil ubat cairkan darah, sila berhati-hati dengan pengambilan supplemen di atas ya. Elakkan juga pengambilan supplemen di atas semasa hampir bersalin atau sebelum menjalani apa-apa pembedahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Perlunya Alkali Untuk Tubuh Kita

Makanan berasid akan menjadikan badan berasid dan mengalami pelbagai penyakit merbahaya.

makanan alkali 

Antara vitamin yang boleh menjadikan tubuh kita beralkali :

1) Vitamin A

Vitamin A yang paling selamat dalam bentu Beta Carotene. Ia membantu tubuh kita dalam pelbagai cara. Di samping mengambil supplemen, jus terbaik untuk mendapatkan sumber beta keroten ialah just lobak merah (carrot) dan jus epal. Ia membantu tubuh kita menjadi lebih beralkali.
# Shaklee Carotomax dihasilkan dalam bentuk Beta Carotena dengan 6 variasi karotena diekstrak daro sayuran dan buahan semula jadi.

2) Vitamin C

Anda mungkin menyangka Vitamin C adalah berasid, namun sebenarnya apabila ia berada dalam tubuh kita, vitamin C meningkatkan imuniti tubuh kita, ia menguatkan sel2 kita sekaligus menjadikan tubuh kita beralkali.
Di samping pengambilan vitamin C dari sumber natural, banyakkan mengambil buah seperti oren dan strawberi.

#Shaklee Vitamin C Sustained Release, bertindak secara pelepasan berperingkat 100mg sejam. Dihasilkan dari ekstrak jagung.

3) Vitamin D

Selain membantu menyerap kalsium, vitamin D juga membantu tubuh kita berada dalam keadaan beralkali. Selain cahaya matahari, vitamin D boleh didapati dari telur dan susu.
# Shaklee Ostematrix - kalsium-magnesium dilengkapi dengan Vitamin D

4) Vitamin E

Vitamin E terkenal senagai ‘vitamin anti penuaan’ menjaga sel tubuh dan menjadikan tubuh kita beralkali. Kita memerlukan 400IU vitamin E sehari untuk kesihatan optimum. Vitamin E juga terdapat dalam minyak zaitun dan biji bunga matahari.
#Shaklee Vitamin E - dilengkapi dengan selenium semulajadi untuk membantu penyerapan Vitamin E

credit to http://vitaminsemulajadi.com/

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jumaat, 25 April 2014

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT


Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua.

• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
• Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya


Resepi Lazat ESP dan Shaklee untuk anda cuba

Esp salah satu produk shaklee yang perlu dibancuh sebelum diamalkan... oleh itu saya bawakan disini beberapa resepi enak dan lazat untuk anda cuba.....

Apa yang boleh dan tak boleh dengan ESP?

TIDAK BOLEH dicampur air panas
TIDAK BOLEH diambil lebih 3 sudu besar sehari
BOLEH campur dengan apa-apa air selain kopi dan teh
BOLEH dicampur air suam atau sejuk
BOLEH diminum oleh anak-anak berusia 1 tahun ke atas, orang tua, lelaki ataupun perempuan (utk anak-anak kecik kurangkan dos)

(1) Resepi Lazat ESP – Asas:
ESP + Air suam
*Nota: Rasanya seperti air soya buatan sendiri tanpa gula, sedap! Sangat disyorkan untuk individu yang kali pertama/kurang biasa minum protein soya.

(2) Resepi Lazat ESP:
ESP + Fresh Milk
ESP + Fresh Milk + kurma (blend)
ESP + Shaklee MealShake
ESP + Shaklee Performance Drink
ESP + Shaklee Performance Drink + Shaklee MealShake (my favourite!)
ESP + Nesvita 3in1
ESP + Tropicana Twister
ESP + Ribena
ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga)
ESP + Milo/Horlicks
ESP + Sirap bandung
ESP + Meal Shake + Aiskrim (buatan sendiri)
ESP + Air suam (apabila kurang rajin, sebab resepi nie paling simple)
ESP + Tropicana Twiter Orange (terutama bila hari panas/ tengah hari)
ESP + Meal Shake + Low Fat Milk (Early morning & Before Bed)
ESP + Performance Drink (minuman wajib bulan Ramadhan)
dan lain-lain… boleh tambah mengikut kreativiti anda.

**Resepi ini hanya cadangan. Sila hubungi pengedar Shaklee anda untuk mendapatkan konsultasi lanjut mengenai pengambilan ESP (sukatan, jadual, dan sebagainya).
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Kekurangan Asid Folik Boleh Menyebabkan Kecacatan Bayi Anda

Ada diantara wanita hamil malas untuk mengambil asid folik. Asid folik amat penting untuk ibu yang hamil dan yang bakal untuk hamil.

Bagi ibu yang hamil amat penting untuk pembentukan janin. Manakala bagi yang merancang untuk hamil pula penting untuk pembentukan sel darah merah dan sebagai persediaan untuk hamil.



Kekurangan asid folik

* Kurang pengambilan asid folik ketika hamil menyebabkan terjadinya spina bifida, kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol.

* Ia juga boleh menyebabkan masalah pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan bibir sumbing

Kami mencadangkan pengambilan supplemen lengkap untuk ibu hamil iaitu


ESP - Sumber protein untuk memastikan sel-sel bayi berkembang dengan sihat, mengurangkan rekahan kulit, membantu menghasilkan kulit yang lebih sihat berseri

Vitamin C – Membina saluran darah yang sihat, meransang penyerapan zat besi dan asid folik, membantu penghasilan kolagen untuk membentuk kulit dan tulang bayi, meningkatkan sistem imunisasi

Vita-lea - multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk mencegah kekurangan nutrisi. Zat besi mencegah anemia dan darah rendah. Mengandungi asid folik yang penting untuk perkembangan bayi.

B Complex – Mengurangkan tekanan (stres), meningkatkan fungsi saraf, mencegah kecacatan tiub neural, mengurangkan risiko kencing manis, mengurangkan risiko pra-matang

Ostematrix – kalisum-magnesium yang turut dilengkapi vitamin D dan mineral lain utk membantu penyerapan kalsium. Penting untuk bina dan hasilkan tulang yang kuat.

Omega Guard – mengandungi 70% asid lemak omega-3 (EPA & DHA). Penting untuk perkembangan otak bayi dan penglihatan awal bayi.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

inginkan maklumat lanjut boleh terus hubungi



Soy Protein Shaklee Tidak Boleh Diambil Melebihi 3 Sudu, Kenapa?



Protein adalah salah satu keperluan tubuh yang penting untuk imuniti. Protein penting untuk untuk pembentukan dan pembaikpulihan sel. Oleh itu, dalam melindungi dan menjaga tubuh dari jangkitan, protein memainkan peranan penting.



Antibodi juga adalah terdiri dari jenis-jenis protein.

Mengikut Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, kekurangan protein di kalangan warga tua mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan sistem imuniti.

Dari kajian yang dibuat terhadap wanita-wanita di China yang mengambil soya secara rutin, mereka yang mengambil lebih banyak hidangan soya didapati menghadapi risiko kanser payudara lebih rendah daripada wanita yang jarang makan soya.

Walaupun terdapat percanggahan dalam hal soya ini, yang mana sesetengah penyelidik berpendapat bahawa soya mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kanser, namun pro-soya mengeluarkan kenyataan bahawa isoflavones (estrogen yang terdapat dalam soya) adalah lemah dan tidak memberi kesan kepada tubuh sebagaimana estrogen semulajadi dalam tubuh manusia iaitu estradiol. Malah, menurut pro-soya, isoflavones bila bertindakbalas dengan estradiol, ia menjadi sejenis bahan yang boleh mencegah kanser.

Kajian juga menunjukkan bahawa di dalam soya terkandung phytochemical yang bolehmenurunkan paras kolesterol, membantutkan pembesaran sel kanser dan mencegah osteoporosis. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa elemen di dalam soya yang masih belum dapat dipastikan kesannya terhadap hormon, maka pengambilan soya seharusnya dibataskan kepada amaun tertentu.

Oleh itu, pengambilan Soy Protein Shaklee dihadkan kepada 3 sudu sehari sahaja, bagi mengelakkan risiko pada masa hadapan
soy protein

Energizing Soy protein Shaklee adalah non-GMO soy, iaitu soya asli yang tidak menjalani proses yang mengubah kandungan genetik organismanya.

Apa yang membuatkan Soy Protein Shaklee berbeza dengan produk soya lain?

Kebanyakan produk soya diproses dengan alkohol. Cara ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk pencemaran bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, Soy Protein Shaklee menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Usus Bertoksin Punca Barah Usus





Kanser Usus Merupakan Pembunuh Senyap
Sumber : Majalah iSihat Dec 2013

Kanser usus adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.

Apa pun faktanya, sesuatu yang pasti ialah sembelit. Jika tidak ditangani boleh menjadi punca penyakit. Ini kerana najis dalam bentuk pepejal akan melekat pada dinding usus besar terutama sekiranya anda kerap mengalami sembelit.

Lama kelamaan ia akan berlaku tindak balas dengan sel-sel pada dinding usus besar. Ia menjadi berasid, pecah kemudian mutasi akan berlaku, Maka terjadilah inflamasi yang seterusnya menjadi masalah folip, bowel pocket/divertikula, ballon colon, colitis dan akhirnya kanser.

Bagaimanapun ia boleh di atasi sekirannya akada melakukan detoks kolon. Usus besar atau kolon yang sihat perlu mempunyai nisbah bakteria baik sebanyak 85% dan bakteria jahat 15%. Kalau anda kerap mengalami sembelit bermakna kandungan bakteria jahat lebih daripada baik. Ia juga bermakna, salur pencernaan anda tidak sihat.

Bagaimana dan mengapa ini terjadi?

Kadar toksin yang tinggi sama ada daripada makanan atau ubat-ubatan (termasuk antibiotik) antara punca yang menyumbang kepada musnahnya bakteria baik di dalam usus.

Apakah cara untuk menanganinya?
Anda dicadangkan mengambil lebih serat daripada sayur, buah-buahan serta minum lebih air.
Melakukan detox colon.

Credit to Salbiah Karim

Shaklee Herb-lax



Detox tubuh dengan Shaklee Herb-Lax. Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Bertindak juga sebagai julap semulajadi yang membersihkan usus/kolon dari toksin dan sisa makanan yang termendak.

Manfaat Utama :
Pembersihan najis yang tersekat
Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpam lama dalam tubuh kita
Membantu masalah sembelit
Mengempiskan perut
Membantu mengurangkan atau memberi kepejalan kepada perut.

Perhatian!

Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, Herb-lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat boleh hubungi


Wanita yang mengalami kekurangan kalsium berisiko mengalami gangguan hormon tiroid


Kalsium berperanan sangat besar dalam kesihatan . Wanita yang mengalami kekurangan kalsium berisiko mengalami gangguan hormon tiroid yang boleh mencetuskan kerapuhan tulang dan batu buah pinggang .

Penyakit hipertiroid atau primary hyperparathyroidism ( PHPT ) dianggarkan dialami oleh 1 dari 800 wanita dalam hidupnya . Penyakit tersebut paling sering dialami wanita usia post – menopause .

PHPT disebabkan oleh kelenjar paratiroid terlalu aktif mengeluarkan hormon paratiroid . Selain berkaitan dengan gangguan buah pinggang dan kerapuhan tulang , penyakit ini juga meningkatkan risiko tekanan darah tinggi , serangan jantung , dan stroke .

Dalam laporannya di British Medical Journal , para penyelidik menyebutkan bahawa pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan gangguan tiroid .

Orang dewasa memerlukan sekitar 700 mg kalsium setiap hari . Keperluan kalsium boleh didapatkan dari ikan , susu , dan produk derivatif , sayur-sayuran berdaun hijau , serta kacang – kacangan .

Kajian mengenai manfaat kalsium itu dilakukan dengan melibatkan 58.300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian Nurse ‘s Health Study . Para peserta berusia antara 39 dan 66 tahun di tahun 1986 ketika kajian bermula . Mereka juga tidak punya riwayat PHPT .

Selepas 22 tahun , diketahui bahawa mereka yang cukup mengambil kalsium mempunyai risiko PHPT 44 peratus lebih rendah berbanding dengan yang kekurangan . ( Heri.F / British Medical Journal )



———————————–

Shaklee Ostematrix Bukan sekadar Kalsium!




OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Membekalkan 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi, 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya, 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

berminat boleh hubungi


Detox Dahulu Sebelum Ambil Supplemen

Sebenarnya ramai orang tak tau atau terfikir untuk melakukan pembuangan toksin/detoks terlebih dahulu. Tahukah anda, sebenarnya amat penting untuk melakukan detoks terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang makanan tambahan, kemudian perlu dilakukan secara berkala pula?


Kepentingan detoks / nyahtoksin

1. Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

2. Sisa-sisa makanan akan terkumpul untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.

3. Toksin berlebihan mempengaruhi emosi

4. Detoks dapat menyingkirkan bakteria tidak baik dan yis di dalam usus yang hidup dengan makanan lama yang termendak

5. Fungsi tubuh menjadi lebih efisien kerana dapat menumpukan pada tugas asal selain memerangi toksin.

6. Membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan metabolisma.

Detox fokus pada 2 organ penting iaitu hati dan usus/kolon. Selalunya detox usus dilakukan terlebih dahulu sebelum detox hati.

Cara paling mudah untuk melancarkan proses detox adalah dengan banyakkan minum air masak dan banyakkan makan buah-buahan dan sayuran hijau.

Nak lebih mudah, jom cuba produk Shaklee yang sesuai untuk detox hati dan usus.




HERB-LAX

Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

DTX COMPLEX

Shaklee DTX Complex mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.

Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat boleh hubungi saya pengfedar shaklee kawasan wangsa maju anda


Khamis, 24 April 2014

Rasa Loya Diawal Kehamilan Atasi Dengan Shaklee


Rasa loya dan sering muntah pada peringkat awal kehamilan adalah normal. Ada yang panggil morning-sickness…apa yang pasti, rasa itu adalah rasa yang sangat tak selesa, betul tak?

Kalau yang teruk tu sampaikan tak boleh makan. Asal makan jer mesti muntah balik semuanya. Paling kita sedih bila rasa lapar tapi bila makan, akhirnya muntah…. last2 kita taktau dah nak buat apa lagi.

Sabar ye….. ini lah dugaan untuk ibu mengandung.

Kalau kita google, macam2 petua dan cara yang boleh kita cuba utk hilangkan mual dan loya. Tapi taktau yang mana satu berkesan? Ada yang dah cuba semuanya tapi sama juga masih loya, masih lagi muntah2 sampai badan rasa tak bermaya.

Sebenarnya kenapa rasa loya?

- Sebenarnya, rasa loya/mual/mabuk adalah petanda baik bahawa paras hormon kehamilan kita adalah tinggi. Ia keluar dlm kuantiti yg banyak sehingga plasenta kita mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan baby dalam kandungan.

Berapa lama rasa loya ni baru hilang?

- Tak lama…..bila dah masuk 14weeks preggy insyaAllah kita dah sihat berseri-seri seperti ibu hamil yang lain. Masa ni excited tak sabar nak tunggu baby tendang2 :)

Boleh jejaskan pembesaran baby tak ?
- Tak jejas…dengan syarat makanan dan minuman kita cukup untuk baby dan kita. Tapi kalau kandungan (bank perut kita) kosong dan tak cukup, itu yg menyebabkan pertumbuhan otot dan saraf baby mungkin terganggu. Jangan lupa makan folic asid ye!

Adakah supplemen Shaklee boleh membantu?

Di awal kehamilan nak telan banyak-banyak pil pun tak mampu kan. Tapi tubuh kita perlukan nutrisi untuk ibu dan bayi. Jadi bagaimana caranya? saya cadangkan beberapa supplemen di bawah


1) Meal Shakes


Minuman sedap dengan Vitamin & galian lengkap. Turut dilengkapi protein dan fiber. InsyaAllah sangat membantu memberi tenaga pada ibu hamil yang tak lalu makan dan kerap muntah. Ia juga membantu memberi nutrisi lengkap.



2) Peppermint-Ginger



Kombinasi 4 herba dari barat dan timur iaitu Pudina, Halia Pokok Adas(fennel) dan Cekur Manis(Anise).
Dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.
Boleh dilarutkan dalam air suam dan panas.
Boleh dilarutkan dalam teh untuk menjadi teh herba.

3) Vitamin C Chewable




Rasa masam-masam manis yang sangat sedap dan boleh dikunyah.
Boleh dijadikan pengganti asam masin, tentunya dengan khasiat yang lebih baik.
Membekalkan Vitamin C untuk ibu hamil kerana ibu hamil mempunyai tahap imuniti sistem yang lemah dan mudah sakit.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat??




Program KESEJAHTERAAN KELUARGA (PEMBINAAN ASAS)


"Kami menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja"


VIVIX?? Apa Itu VIVIX??


Satu PENEMUAN REVOLUSIONARI dalam ANTI PENUAAN pada tahap sellular.

Setahun yang lalu, SHAKLEE memperkenalkan VIVIX, produk supplemen revolusionari anti penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Lebih 1 juta VIVIX sudah di jual.

VIVIX merupakan supplemen anti penuaan terbaik di dunia yang di bangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh SHAKLEE syarikat no 1 supplemen makanan di Amerika.

Di dalam kajian makmal, ramuan VIVIX telah menunjukkan impak kepada empat (4) mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

SEMULAJADI>>>Ujian klinikal keatas ramuan utama,Ekslusif dari SHAKLEE untuk anda!!!

Jom kita intai apa KEISTIMEWAAN VIVIX yang hangat di perkatakan!!!

  • Melindungi dan membaiki sellular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Mengalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria
  • Melambatkan pembentukkan protein AGE (Advanced Glycation Ends products)
  • Juga menolong & memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan anti oksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.
Sebahagian yang terkandung dalam VIVIX SHAKLEE


Info Dari Buku Nutrisi Shaklee
Berminat hubungi saya



Perbezaan Shaklee

Jika kita buat lawatan ke farmasi, banyak sangat jenama suplemen di luar sana. Sampai kita jadi rambang mata, tak tau mana satu yang sesuai dengan badan kita. Tahukah anda? Ada sebahagian jenama tu hanya membeli kemudian menjual semula suplemen yang dikeluarkan oleh kilang lain. Dan tahukah anda kebanyakan kilang menjual suplemen untuk mengaut untung semata.
Contoh A:
Sebiji omega yang mereka jual kononnya mengandungi 1000mg fish oil. Hakikatnya, hanya 180mg EPA dan 120mg DHA. 700mg lagi hanyalah lemak ikan semata-mata. Kalau kita consume suplemen sebegini, nutrisinya kurang, harga saja mahal dan paling teruk lagi kalau tertelan sekali toksik-toksik dari minyak ikan yang tidak ditapis dengan sempurna.
20140222-094427.jpg
Contoh B:
Suplemen berbentuk serbuk yang dihasilkan daripada kacang soya, kononnya sumber protein dan asid amino yang baik untuk meningkatkan tenaga. Tapi, demi mengaut untung, mereka telah menyuntik kacang-kacang soya itu dengan sejenis hormon supaya ia cepat matang dan boleh dituai dengan segera. Kesannya pada manusia ialah hormon manusia itu sendiri jadi tak seimbang. Menjejaskan tahap kesuburan, menopaus dalam usia muda, datang haid sebelum berumur 12 tahun.
Kebanyakan makanan yang kita ambik masa ini semuanya dah tak sihat. Kalau makanan segera tu memang lah konfem tak sihat kan? Hatta sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita anggap organik tu pun belum tentu sihat. Ia mungkin sudah disuntik dengan hormon atau disiram dengan baja dan racun serangga. Dalam daging pun sama, zaman sekarang semua main suntik je, supaya haiwan dan tumbuhan cepat matang, cepat dijual, cepat untung. Ngeri bukan??
Ada juga pengeluar nutrisi yang pandai ambik untung.. Macam dalam contohA dan contohB tadi.
Segelintir masyarakat hari ni cepat sangat terpedaya dengan pengaruh iklan. Selebriti A guna produk B, kongsi testimoni begitu begini melalui YouTube, Facebook dan sebagainya.. Kita pun tak sabar-sabar nak beli produk B tu, nak jadi cun macam selebriti A. Kemudian kita nampak pula penjual B upload screenshot perbualan antara customer A dan penjual B, testimoni terbaik!! Mungkin testimoni betul, mungkin juga tiruan dan sengaja dibuat-buat untuk melariskan jualan. Kesiannya kita.. Selalu jadi mangsa penipuan.
So.. Macamana kita nak pilih pengeluar suplemen yang betul-betul komited menghasilkan produk yang berkualiti? Sesiapa pun boleh guna perkataan “Selamat, Berkesan dan Semulajadi” dalam label produk mereka tapi, adakah ianya terbukti secara klinikal? Adakah kajian saintifiknya ditulis dan diedarkan untuk rujukan umum? Adakah produk itu telah bertahan berpuluh-puluh tahun lamanya?
Walaupun kita bukan saintis, mungkin kita tak faham pun apa itu kajian klinikal… At least kita tau, kalau mereka begitu berani mengedarkan buku kajian saintifik mereka, maknanya mereka cukup yakin dengan produk mereka, kan? Siapakah mereka ini?.. Salah satunya ialah Shaklee!! Shaklee adalah peneraju dalam suplemen nutrisi dan telah membuktikan kejayaan dalam bisnes MLM lebih dari 57 tahun. Produk Shaklee tak pernah diiklankan melalui tv dan tak diedarkan melalui farmasi. Shaklee juga tak pernah melantik mana-mana selebriti sebagai duta produk. Mereka hanya ada KAJIAN KLINIKAL dan produk Shaklee dijual melalui perkongsian testimoni mereka-mereka yang telah merasa sendiri keunikan produk ini. Menarik bukan??
Dan yang lebih menarik lagi.. Shaklee menjalankan 350 UJIAN bagi setiap bahan dalam sesuatu produk. Katakan lah produk A terdiri daripada bahan B, C, D dan E. So.. Shaklee menjalankan 350 ujian ke atas bahan B, 350 ujian ke atas bahan C, 350 ujian ke atas bahan bahan D dan 350 ujian ke atas bahan E. Sememangnya ia melibatkan kos yang tinggi!! Shaklee telah melaburkan 300 JUTA USD untuk pengujian penyelidikan dan pembangunan produk mereka. Perghhh…
20140222-092642.jpg
Yaa.. Kos sebanyak itu dilaburkan semata-mata untuk mengeluarkan produk yang dijamin SELAMAT. Shaklee tak bazir duit nak upah selebriti pun…
Bagaimana pula dari segi keberkesanannya?? Ada je company yang buat experiment segala bagai, tapi tak berkesan pun!! Suplemen Shaklee telah dibuktikan melalui kajian klinikal bahawa ia telah mengurangkan 72% risiko diabetes, 60% penyakit jantung dan 39% penyakit darah tinggi. Kajian-kajian saintifik ini pula ditulis dan diterbitkan untuk rujukan umum. So.. Kalau ada orang tanya, “Shaklee ni betul-betul BERKESAN kah??” Senang je jawabnya.. “Insya-Allah berkesan.. Kalau tak percaya, boleh google dan baca 100 buah buku saintifik tu.” Alahai.. Rakyat kita ni memang malas lah nak baca. Kalau baca pun belum tentu faham. Beli jer lah sebotol Vita-C tu, telan dan rasa sendiri keberkesanannya. Harga tak sampai pun 100 hengget.
20140222-092704.jpg
20140222-092724.jpg
Konsep terakhir yang ditekankan oleh Shaklee sejak lebih 57 tahun yang lepas ialah MESRA ALAM. Apa kah bendanya tu??? Ada kaitan kah dengan nutrisi badan kita?? Bayangkan… 57 tahun yang lepas, Shaklee dah fikir pasal konsep mesra alam. Masa tu, orang tak tau pun apa tu go green, apa tu global warming dan sebagainya. Tapi, Shaklee dah lama susah hati memikirkan masalah planet kita yang dah tua ni. Kalau lah semua manusia dah sihat selepas makan suplemen Shaklee, tapi bumi kita ni pula semakin lama semakin botak, udara dan air tercemar dan sebagainya.. Apakah maknanya untuk hidup lama?? Bangunan Shaklee itu sendiri dibangunkan dengan konsep mesra alam, sehinggakan tiada satu keadaan pun yang boleh menyebabkan kebakaran pada bangunan tersebut. Kalau nak try, cuba tanam botol-botol kosong suplemen Shaklee, tengok apa jadi selepas sebulan. Korek balik tanah tu, konfem botol dah hilang jadi tanah. Hahh.. Biodegradable!!
20140222-092740.jpg
Selama lebih 57 tahun, Shaklee telah berjaya menghasilkan produk yang dijamin sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Kalau lepas ni masih ada yang cakap, “Alah.. Suplemen Shaklee SAMA saja dengan suplemen jenama lain”.. Memang nak kena ketuk kepala!! Nak kena suruh dia hafal kandungan 100 buah buku saintifik tu!! Nak kena suruh dia telan sebotol Vitalea dengan botol-botolnya sekali!! Hahahaha…
Of course lah semua suplemen perlu di consume dengan cara yang betul, konsep yang sama, perlu minum air masak 2-3L sehari. Kalau nak kurus perlu kurangkan kuantiti makanan dan kerapkan bersenam. Konsepnya sama saja sayang.. Tapi produknya tak sama!!..
isu terakhir yang sering dipersoalkan ialah berkenaan isu HALAL. Jangan risau, Sijil Halal Shaklee diperbaharui setiap tahun. Tapi, u jangan tanya JAKIM sebab bukan dorang yang keluarkan Sijil Halal Shaklee. Sijil ni dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) iaitu salah satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Kalau u nak juga tanya JAKIM, u tanya macam ni, “ISA tu salah satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM kaa?”. Dan kalau nak tau, prosedur penilaian ISA sebenarnya lebih strict daripada JAKIM. Bukan senang-senang mereka nak keluarkan Sijil Halal Shaklee. Cop halal memang takde atas botol suplemen, cop KKM je ada… Sama lah macam ubat-ubat farmasi yang u biasa beli, memang takde cop halal. Makanan tin dan makanan dalam plastik jer ada cop halal.
20140222-093140.jpg

Berminat dengan suplemen jenama Shaklee?  hubungi saya

Kepimpinan dan sumbangan Shaklee kepada Alam sekitar.

1960       Memperkenalkan Basic –H, iaitu bahan pencuci biodegradasi  dan tidak bertoksik yang pertama  di dunia.





















1989       Shaklee memberi bantuan kewangan dan produk kepada satu ekspedisi  trans-antartika yang diketuai Will Steger-individu pertama yang menjelajah Antartika dengan berjalan kakidengan jarak 3700 batu.















1989       Shaklee dengan kerjasama American Himalayan Foundation telah menanam lebih daripada 1 juta pokok di Asia.

















1990       Shaklee menerima anugerah “Family Circle’s Green –Chip “ sebagai salah satu daripada 10 syarikat yang mesra alam sekitar.



1991       Produk untuk kegunaan rumah digunakan dalam projek “Biosphere 2”










1996       Produk Shaklee digunakan di atas kapal Odyssey, yang menjalankan penyelidikan dan pengumpulan data pencemaran laut di seluruh dunia.


2000       Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan CLIMATE NEUTRAL™.

2002       Shaklee dianugerahkan “Climate Protection” oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.












2002       Shaklee menerima anugerah “Enviromental Stewardship” daripada Social Accountibility International.

2003       Shaklee menyokong pembinaan sebuah turbin tenaga angin bagi Orang Asli Amerika










2003       Shaklee membantu penukaran bas sekolah diesel di San Bernardio, California kepada biodiesel.

2005       Menyokong usaha Dr. Wangari Maathai, pemenang Nobel Peace 2004 ke atas projek beliau – Green Belt Movement.














2007       Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang mengimbangi pembebasan karbon, iaitu kerjasama dengan sebuah organisasi yang dipelopori oleh Dr Jeffrey D. Sachs


2007       Shaklee dipilih oleh Healthy Child Healthy World untuk menjadi rakan kongsi ekslusif kepada penghasilan video bertajuk : “ Creating Healthy Environments for Children.






2007       Shaklee dipilih oleh pengeluar filem “THE 11th HOUR” (dokumentari alam sekitar ) sebagai rakan kongsi pengeluar filem – merujuk kepada komitmen dan sumbangan Shaklee sebagai penerajui alam sekitar.



Ibu Pejabat Shaklee


Ibu Pejabat Shaklee di Pleasanton, California, AS bukan sekadar pusat operasi, malah adalah simbolik kepada falsafah yang disokong oleh Shaklee.


Ibu Pejabat Shaklee, Pleasanton, California, AS

Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang - Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap "Kehidupan yang Harmoni bersama Alam Semulajadi". Anda boleh menikmati pemandangan indah - langit, tumbuh-tumbuhan, bukit bukau dan kehijauan tanah lapang, tidak kira di mana posisi anda ketika berada di dalam bangunan ini. Reka bentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semula jadi oleh cahaya luar, serta pembinaanya daripada bahan dan warna secara semulajadi.


Terdapat beberapa ciri-ciri yang menjadikan Ibu Pejabat Shaklee ini UNIK dan ISTIMEWA:
  • Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan.
  • Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula.
  • Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan kitar semula.
  • Tanaman landskap dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat di dalam produk-produk Shaklee.
  • Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga.
  • Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan.
  • Penggunaan "Low-E-glass" di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien.
  • Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara.
  • Ruang dalam yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar.
  • Orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam.
--------------------------
Ibu Pejabat Shaklee Malaysia

Shaklee Products (M) Sdn Bhd

A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam

Sila hubungi:
Khor Cheng Huat, Pengurus Kanan Operasi

Cawangan Shaklee MalaysiaWaktu PerniagaanPeta Lokasi (Klik)
Kuala Lumpur
32, Jalan Rampai Maju 3, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027Hubungi :
Ida ( Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Penang
A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya,
13700 Perai.Telefon : 604-397 4325
Fax: 604-397 4324Hubungi : Cannie Teoh
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263Hubungi : Eunice Lau
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188Hubungi : Fiona Chow
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Kota Bharu 
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.(Area depan Billion)
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711
Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Kota Kinabalu 
Jalan Lintas, Kota Kinabalu, Sabah
Hubungi : Olivia
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m



Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...