Selasa, 30 Jun 2009

SABAR ITU INDAH

Seringkali aku bersyak wasangka pada insan yang aku cintai, knp lah aku bersikap sedemikian? teringatkan pesanan sahabat2 yang begitu memahami agar aku lebihkan bersabar kerana "sabar itu separuh dari iman".
Peristiwa malam tadi masih lg aku muhasabahkan, Sekitar jam 10.15pm aku membuat panggilan telifon kepada suamiku. "Abang Assalamualikum!" Setelah salam ku di jawab aku segera bertanya lagi, "Abang kat maner nih?" Balas suamiku pula: "on the way balik la ni"
Tepat jam 10.45 suamiku sampai tapi tidak naik ke rumah dia hanya buat panggilan dari bawah blok umah ku dan minta aku turun untuk mengambil susu anak yang aku pesan. Perasaan marah kembali menguasai diriku... Marah kerana suamiku tidak mahu naik menjenguk anak sangka burukku. ish teruk betul aku nih!
Ketika menuruni anak tangga ke bawah aku pujuk diriku supaya bersabar, bersua sahaja dengan suamiku aku memaniskan muka dan bersalam dengannya. Sambil tersenyum aku bertanya
"knp abg mcm mrh jer penat yer?" aku sorok perasaan marah dengan senyum meleret, tanpa jawapan suamiku berkata "p lah naik dulu nanti abang balik nak menarik skit nih!" Serta merta keluar di fikiranku benarlah kata teman2 sabar itu indah! Andaikata tadi aku terus marah tanpa usul periksa bukan kah tidak manis dalam hubungan suami isteri... YA ALLAH berikan lah hambamu ini kesabaran yang tinggi dalam mengharungi kehidupanku yang "SEMANIS MADU TAK SEPAHIT HEMPEDU"

{Mungkin bagi kawan2 yang tak tahu kisah hidup saya tidak faham kenapa saya bersikap demikian bila suami saya tak naik rumah.. tp tak ape mana yang tahu, saya sekadar nak meluahkan ape yang bermain di fikiran.}

Khamis, 25 Jun 2009

Ingatkan lah aku...

Sekitar jam 6.00 pagi aku terjaga dari lena ku, berat betul mata ni, semalam aku dan Arif tido awal, aku menoleh kearahnya yang masih lena di ulit mimpi, mimpi apa lah agaknya si Arif ni, mimpikan abahnya kot agak ku. kesian Arif jarang dapat bersua dengan abahnya, kalau jumpa pun sekejap sahaja, abahnya lebih banyak masa di habiskan di rumah umminya (maduku) kerana di sana lebih memerlukan.
Setelah aku selesai berkhidmat pada diri dan bersiap untuk ke tempat kerja Arif masih lena lagi lalu ku angkat untuk di hantar ke rumah pengasuh. Arif terjaga tapi bunyi nafasnya kuat, lelahnya datang lagi, risau juga tapi di sebabkan dia sentiasa tersenyum aku lega sedikit, Arif tetap aku hantar ke rumah pengasuh dan aku bagitahu pada pengasuhnya supaya beritahu sekiranya arif bertambah teruk lelahnya.

Dalam perjalanan ke tempat kerja aku asyik teringat kan Arif, aku sebak kerana Arif tak dapat aku jaga ketika ini dan kenangkan keadaan kami berdua yang jarang dapat bersama dengan orang yang kami sayang.
Teringat ketika arif di masukkan ke wad akibat demam dan jangkitan kuman pada paru-paru, suamiku tidak dapat di hubungi kerana hp dia hilang, aku jadi cuak! cuba bersabar demi anak yang terlantar sakit, Harapan dan doaku semoga di sebalik apa yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. aku sentiasa pujuk hatiku dengan berkata seteruk2 aku ada lagi orang lain yang lebih tidak bernasib baik dari ku. Kerana tuntutan kerja dan sedikit pergolakan di sebelah maduku suamiku tidak dapat selalu bersama dengan kami ber2. aku cukup memahami masalah suamiku tetapi kadang kala aku jadi hilang sabar. Aku tak mahu lagi terlepas kata2 yang buat suamiku terluka aku akan cuba bersabar kerana kata suamiku
"untuk menuju bahagia bukan mudah dan kita perlu melalui segala macam onak dan duri, bersabarlah kerana sabar itu indah".
Tujuan aku meluahkan rasa di sini bukan lah untuk bercerita masalah rumahtangga atau sebaliknya dan tidak juga untuk memburuk2kan suamiku, tapi aku berharap dengan cara ini hati ku menjadi tenang disamping kawan2 mungkin dapat menitipkan sedikt kata2 semangat ataupun nasihat.. suamiku seorang yang bertanggung jawab dan penyayang cuma kami mengalami sedikit masalah kehidupan seharian. biasalah hidup berpoligami dan bermadu ni... berbesar hatilah andai kawan2 dapat meninggalkan sedikit kata2 semangat mahupin nasihat untuk aku yang serba kekurangan ini..

Rabu, 24 Jun 2009

Dimanakah Maruah Agama Islam Kita?

Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini menegur pemuda Cina tersebut mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.
>>>>>> Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.
>>>>>> Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu
>>>>>> memecat lelaki Melayu tadi.Malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara
>>>>>> seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi.
>>>>>> Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.
>>>>>> Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya,
>>>>>> tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.

Rabu, 10 Jun 2009

Ulang tahun Perkhawinan kami


Selamat Hari Bapa Suamiku,
Semoga Ikatan Kasih Sayang Yang Kita Bina Di Redhoi ALLAH...

TAULADAN

TENTERA ALLAH LALAT

Sebuah cerita yang diterima dari Husain yang didengarnya dari Abdullah, dari sua'id bin said dari Abu Muhayyah, beliau berkat: "searang lelaki telah bercerita kepadaku, "Kami ada satu rombongan pergi mengembara, antara kami ada seorang yang memaki Abu Bakar As Siddiq r.a. Kami sudah menghalangnya tetapi dia tidak memberhentikan perbuatannya. Di tengah jalan kami berhenti kerana berasa terlalu penat. Ada antara kami yang manfaatkan masa untuk berehat, minum air dan sebagainya.
Kawan kami yang memaki S.Abu Bakar As Siddiq tadi pergi agak jauh sedikit mungkin membuang air besar.
Tiba-tiba kami dikejutkan dengan teriakannya yang kuat meminta tolong. Kami fikir mungkin dia dipatuk ular atau disengat lebah. Kami berkejar kearahnya. Rupa-rupanya dia di serang oleh segerombolan lalat yang ganas seperti bangkai yang di kerumuni lalat. Kami sedaya upaya menolongnya tetapi sengatan lalt itu leih bisa dari sengatan lebah. Kami terpaksa lari dari tempat itu. Setelah lalat-lalat tersebut pergikami dapati ada bahagian tubuh badan kawan kami yang terputus. Inilah balasan kepada orang yang menghina sahabat Rasulullah s.a.w
wallahua'lam.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...