Jumaat, 29 Mei 2009

SABDA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W


"Pada hari Qiamat nanti Allah sw.t akan menumbuhkan sayap kepada segolongan umatku. Mereka terbang dari kuburnya menuju ke syurga. Mereka bersenang-senang dan bersukaria dalamna sesuka hati mereka. Para malaikat bertanya kepada mereka: "Apakah kalian melihat kisah (perhitungan amal)?" Mereka menjawab: "Kami tidak melihat hisab. Para malaikat bertanya : "Apakah kalian melihat sirat (titian)?" Mereka menjawab: "Kami tidak melihat adanya sirat. Para malaikat bertanya: "Apakah kalian melihat jahannam?" Mereka menjawab: "Kami tidak melihat apa pun". Para malaikat bertanya: "Kalian dari umat siapa?" Mereka menjawab:"Kami dari umat Muhammad s.a.w. Para malaikat berkata: "Dengan nama Allah, kami minta kepada kalian terangkan lah kepada kami, amal apa yang pernah kalian lakukan selama di dunia.Mereka menjawab: "Ada dua perkara yang kami beregang teguh sehingga menyebabkan kami mencapai kedudukan seperti ini dengan anugerah rahmat Allah. Para malaikat bertanya: "Apakah kedua-dua perkara itu?" Mereka menjawab: "Apabila dalam keadaan bersendirian, merasa malu melakukan maksiat. Kami redha menerima pembahagian sedikit yang di berikan kepada kami. Para malaikat berkata: "Kalian memang berhak menerima semua ini"

(Riwayat ibnu hibban dari anas r.a)

Rabu, 27 Mei 2009

Berfikir sebelum bertindak

"AKAL merupakan tempat berfikir pemberian ALLAH yang paling berharga kepada manusia, AKALlah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Menurut AGAMA jika tidak berfungsinya akal akan menyebabkan akal manusia itu BEKU dan tidak berFUNGSI dengan baik"

Kasihan mak...


Semalam sampai saja kat rumah mak bagitahu yang dia ada mengidap penyakit baru, aku terkejut tapi buat muka selamba je..
"Sakit ape mak?"
ntah lah jwb mak sambil menghulur sekeping surat dari hospital, rupanya mak menghidap masalah usus, dan memerlukan rawatan segera pada pertengahan bulan tujuh ini, teringat tahun sudah mak tiba-tiba tak sedar diri meracau-racau, ape yang mak cakapkan tak masuk di akal minta di buat benda2 yang bukan2.perkara yang sama juga berlaku ketika mak berada di rumah kakakku, bila berulang 2 kali suami kakakku membawa mak ke hospital.
Bila sudah sampai hospital baru lah terjawab segala persoalan rupanya mak kurang gula dalam darah akibat terlalu berpantang makan.
Terbaru mak di masukkan ke hospital kerana tekanan darah rendah pula,
juga kerana terlalu berpantang.
kasihan mak, kalau la dapat di pindahkan penyakit mak pada aku, aku sanggup. mak terlalu istimewa dan tiada pengganti...
SABAR YA MAK... Darna selalu doakan mak....

Isnin, 25 Mei 2009

Jumaat, 22 Mei 2009

MENTAATI IBUBAPA

TAAT kepada kepada IBUBAPA satu amalan yang amat tinggi dalam ISLAM,
RASULULLAH meletakkan sebagai TINGGI daripada BERJIHAD!!!

Khamis, 21 Mei 2009

Anakku Buah Hatiku...

ader cam ustaz tak???








Dah pandai meniarap!!!
tak lama lagi arif nak merangkak plak...








Arif ngan kette baru, lawakan?
nak p jalan2 cari abah!!!

{BAITUL MUSLIM}



RESEPI PERKHAWINAN BAHAGIA

# Penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran agama
# Rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara
# Rasa kesyukuran dan ketakwaan
# Rasa tanggungjawab
# Daya penambat hati (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
# Penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
# Kemanusiaan
# Keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
# Rasa kepuasan
# Budi bahasa
# Perasaan bertimbang rasa
# Tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan kedua pihak
# Sirami selalu dengan ucapan terima kasih
# Peruntukan kewangan yang mencukupi
# Dua orang anak kecil sekurang-kurangnya
# Amalan pengucapan "maafkan daku"
# Secubit campurtangan mentua
# Curahkan kerjasama yang perlu dan kesdiaan kerja berpasangan dan perkongsiaan

Adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu,curiga, sikap mengkritik,sikap marah dan sakit hati. Hiaskan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetian dan kejujuran. Akhirnya amalkan resepi ini selalu sehingga ia menjadi kebiasaan, tabiat dan sikap kita ke arah mewujudkan sebuah perkhawinan bahagia bagi melahirkan sebuah keluarga bahagia.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...